Language Selection   

EN
                              

KESUSASTERAAN MELAYU TRADISIONAL

Dari segi bentuk, kesusateraan Melayu tradisional terbahagi kepada dua, iaitu prosa dan puisi; malah kadang kala pembahagian kepada prosa dan puisi dianggap sebahagian daripada dua genre puisi:

 

      1. Yang tergolong sebagai prosa termasuklah sastera rakyat, sastera hikayat, sastera epik, sastera panji dan perwayangan, sastera sejarah, kisah para nabi dan tokoh-tokoh Islam, sastera kitab, sastera undang-undang dan tetatanegaraan dan kepustakaan ilmu tradisional.
      2. Yang tergolong sebagai puisi termasuk pantun, syair, nazam, gurindam, seloka, teka-teki, peribahasa berirama, teromba, talibun, prosa lirik, mantera dan dikir.

 

Dari segi isinya, baik lisan mahupun tulisan dapat dibahagikan kepada dua:

 

      1. Yang berbentuk cerita, kisah atau naraftif.
      2. Yang berbentuk bukan cerita, bukan kisah atau bukan naratif.

 

Pembahagian kepada lisan dan tulisan, cerita dan bukan cerita, bukanlah suatu pembahagian yang tekal. Suatu cerita lisan mungkin terdapat dalam bentuk bertulis, demikian pula sebaliknya. Hal ini berlaku kerana proses menuliskan cerita-cerita lisan telah lama berjalan dan masih dijalankan. Sementara proses penciptaan dan transmisi cerita-cerita lisan masih berterusan dalam konteks dan daerahnya sendiri.

 

Pada pembahagian cerita dan bukan cerita juga, garis pemisahnya tidak semestinya tetap. Cerita atau “unsur cerita” mungkin terdapat dalam golongan bukan cerita, misalnya karya-karya yang bermotif pengajaran, termasuk karya-karya sufi misalnya, bentuk cerita terdapat sebagai anekdot dan interpolasi. Yang menjadi ukuran di sini ialah isi dan motif karya, misalnya pengajaran agama Islam, kewarganegaraan atau yang lain. Perihal inilah yang membezakan penggolongan karya walaupun antara berbagai-bagai karya terdapat unsur-unsur yang sama.

 

 

Rujukan

Harun Mat Piah, Ismail Hamid, Siti Hawa Salleh, Abu Hassan Sham, Abdul Rahman Kaeh & Jamilah Haji Ahmad. 2000. Kesusasteraan Melayu      Tradisional Edisi Kedua. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

JABATAN WARISAN NEGARA
Aras Mezanine, 15-20,
Menara Permodalan Nasional Berhad (PNB),
No. 201-A, Jalan Tun Razak,
50400 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Emel : info@heritage.gov.my

Jumlah Pelawat :

Ikuti Kami di Sosial Media

Income Tax Planning

    View Service