Kebaya Warisan Sepanjang Zaman.
Terdapat pelbagai versi tentang asal - usul kebaya di Malaysia. Kebaya dikatakan dibawa oleh para pedagang dari Arab, Jawa dan Sulawesi. Ada juga pendapat mengatakan kebaya mula menjadi pilihan individu mulai abad ke-13 hingga abad ke-16 Masihi, iaitu pada zaman pemerintahan Dinasti Ming di China dan pengaruh ini tersebar setelah imigrasi besar-besaran tiba di Semenanjung Asia Selatan serta Tenggara.